Saturday, January 5, 2013

let me introduce.........



hai.....alhamdulillah kali ni dah masuk entry ketiga untuk tahun nie. dah lama berblog ( tapi tak de la lama sangat ) baru terbuka hati nak kenalkan my special one, siapa lagi tak lain tak bukan my family la. first, mesti la nak citer tentang my father dulu OMAR BIN MAT HUSAIN. abah aku nie seorang peniaga runcit yang beroperasi di kampung padang pak amat...korang tau ker kat mana...of course la kat kelantan, aku orang negeri cik siti wan kembang..hehe..kedainya dekat je dengan rumah aku, sebelah jer....abah aku bukan setakat berniaga runcit je...tapi jugak bukak kedai minuman...tapi tak de tahap restoran bagai...warung biasa-biasa je..dengan warung yang biasa-biasa tu la dapat menyara kami adik beradik sampai dah capai titik haluan kehidupan masing-masing. aku ada tujuh adik beradik, dua lelaki dan lima perempuan. aku anak bongsu...dan yang sulung nya lelaki.

abe - mohd zamri

k.na - zarina 

k.da - zuraida

abe ngah - muhammad hafeez

k.jah - nur haffeezah


k.yah - nur hidayah
nie la antara muka-muka adik beradik aku...susun ikut turutan lagi..lupe nak cakap...adik beradik aku semuanya dah kawin...tinggal aku sorang je lagi..dah ada anak buah dah...dah jadi makcik dah aku..semua nya lima belas nak masuk enam belas dah nanti...ramai kan?? dengar je ramai...tapi bila dah berkumpul rasa macam biasa jer...ni la antara wajah nakal anak-anak buah aku...

time raya...siap berbaju melayu

sepupu-sepupu....mata besar nyer...huhu

adik dan abang

candid sebelum tido

senyum kenyang after dinner

amboi...tomey nye pakai tudung

posing sambil tunggu check in kt morib

drive pegi mana tu....

wah...posing.....

Wednesday, January 2, 2013

krisis rumah yang belum disewa



rumah sewa-rumah sewa, nak dekat short sem ni ramai la pula kan yang sibuk nak cari rumah sewa dan penghuni nya sekali la. takkan nak cari rumah je kot, penghuni nyer tak de, ate nak bagi rumah tu kosong la ye. ish x berani la.kan ada benda pula dok menumpang.

maksud krisis rumah sewa tu, berlaku ketidaksefahaman antara ahli rumah yang sedia ada. pastu mula la tarik diri la, nak apply asrama balik la.haish macam-macam. dah jadi perang pula kat kolej kediaman 1 ni.
masalahnya rumahpon tak conform dapat lagi, dah perang-perang macam ni, macam mana nak duduk sebumbung nanti, entah la pening melihat telatah orang-orang yang macam ni. masalah akan timbul bila-bila masa je, tambah-tambah sekarang nie hujung-hujung semester,tau-tau je la masalah apa..duit la apa lagi.

senang-senang cari yang pendapatan nya sama je sume. ni masalah nie punca daripada background kewangan yang macam-macam la. yang kaya nak rumah mahal, yang sederhana pula nak rumah yang biasa-biasa jer. dah bila yang kaya tolong carikan rumah memang mahal la harga sebulan tu. dia kira dia mampu bayar...kira deal je la. orang-orang yang bersederhana ni mesti la kurang setuju. bila da kira bajet untuk satu semester, tak mampu diorang. so ramai yang hidup bersederhana give up la, nk apply asrama balik. bila nak cari teman serumah mesti la yang faham nya sama je. jangan cari yang tak sepadan dengan pendapat kita. memang la pro and kontra tu orang cakap bagus, tapi kalau da smpai bergaduh, putus sahabat baik la tak payah.

p/s : jangan penting kan diri sendiri, kalau kita faham keadaan orang pada masa ni, in sha ALLAH pada masa akan datang orang akan faham keadaan kita. wassalam (^-*)

jangan sampai tahap macam ni pula ye....(^-*)


rumah sewaku...tempat study ku (^-*)




muka-muka gembira dapat makan pau

sem 1...budak-budak lagi

muka-muka suci...baru lepas solat hajat ( misi ke bandung)

wah...first time update blog pada tahun 2013....yeah umur aku dah makin meningkat, tetibe nk bercerita pasal cerita lama. alkisahnya kitorang seangkatan budak fakulti ekonomi dan muamalat Universiti Sains Islam Malaysia, seramai 15 orang dah jumpa rumah sewa kami..( dah menetap dah kt sini..2 tahun dah). dan selama dua hari kami telah berhempas pulas mengemas dan membersihkan rumah tersebut. nak jadikan cerita macam-macam ada dalam rumah tu. bukan setakat kotor, dengan sarang burung, bau nya bukan main lagi.. kami pun apalagi, bermula kerja menyental. dah selesai hari pertama.

hari kedua pula, mula la proses mengemop lantai...bersih sudah rumah kami pada tanggal 6 MAY 2011. keesokan harinya kami beramai-ramai pergi menduplicate kunci sambil-sambil hantar barang sikit-sikit masuk rumah baru. semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami. alhamdulillah, sekarang kitorang dah tak payah fikir dah nak duduk mana setiap kali habis exam, cukup la dua kali je kami fikir. alhamdulillah, terima kasih juga kepada kawan serumah yang bersusah-payah cari kan rumah kosong.

p/s :  pesanan, bila dah duduk satu rumah tu, ingat-ingat la teman serumah, cuba bekerjasama dan saling bantu-membantu dan saling memahami, jangan fikir diri sendiri je. dan semoga ALLAH merestui perjalanan kita sebagai seorang pelajar di atas muka bumi ini...wasssalam (^-*)

ni lah rumah kami, siap ada swimming pool lagi...hehe..percaya ke? peace yo..


linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...