Wednesday, January 2, 2013

rumah sewaku...tempat study ku (^-*)




muka-muka gembira dapat makan pau

sem 1...budak-budak lagi

muka-muka suci...baru lepas solat hajat ( misi ke bandung)

wah...first time update blog pada tahun 2013....yeah umur aku dah makin meningkat, tetibe nk bercerita pasal cerita lama. alkisahnya kitorang seangkatan budak fakulti ekonomi dan muamalat Universiti Sains Islam Malaysia, seramai 15 orang dah jumpa rumah sewa kami..( dah menetap dah kt sini..2 tahun dah). dan selama dua hari kami telah berhempas pulas mengemas dan membersihkan rumah tersebut. nak jadikan cerita macam-macam ada dalam rumah tu. bukan setakat kotor, dengan sarang burung, bau nya bukan main lagi.. kami pun apalagi, bermula kerja menyental. dah selesai hari pertama.

hari kedua pula, mula la proses mengemop lantai...bersih sudah rumah kami pada tanggal 6 MAY 2011. keesokan harinya kami beramai-ramai pergi menduplicate kunci sambil-sambil hantar barang sikit-sikit masuk rumah baru. semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami. alhamdulillah, sekarang kitorang dah tak payah fikir dah nak duduk mana setiap kali habis exam, cukup la dua kali je kami fikir. alhamdulillah, terima kasih juga kepada kawan serumah yang bersusah-payah cari kan rumah kosong.

p/s :  pesanan, bila dah duduk satu rumah tu, ingat-ingat la teman serumah, cuba bekerjasama dan saling bantu-membantu dan saling memahami, jangan fikir diri sendiri je. dan semoga ALLAH merestui perjalanan kita sebagai seorang pelajar di atas muka bumi ini...wasssalam (^-*)

ni lah rumah kami, siap ada swimming pool lagi...hehe..percaya ke? peace yo..


No comments:

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...